Perak Hari Ini

10,000 Pelajar Seluruh Perak Bakal Terima Bantuan Persekolahan

IPOH:Sebanyak 10,000 pelajar anak Perak terpilih bakal menerima bantuan kelengkapan sekolah berupa beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis menerusi program Kembali Ke Sekolah 2019 yang dilancarkan hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi melaksanakan program tersebut.

“Kita menyedari persiapan ibu bapa untuk anak-anak memulakan musim persekolahan memerlukan perbelanjaan yang besar jadi ini insiatif kerajaan negeri membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada media pada pelancaran Program Kembali ke Sekolah tahun 2019 di lokasi pertama Parlimen Tambun.

Katanya Yayasan Perak akan bergerak mengagihkan bantuan tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini bermula 14 hingga 24 Disember ini.

Bantuan kelengkapan tersebut akan diagihkan oleh pusat khidmat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengikut tarikh ditetapkan di setiap kawasan (Dun) bagi penerima yang layak.

Katanya lagi bantuan tersebut diharap mampu mengurangkan bebanan ditangung ibu bapa yang kurang berkemampuan khususnya penduduk di luar bandar bagi menyediakan persiapan persekolahan anak mereka.

“Setiap pelajar bakal memperolehi kelengkapan lengkap berjumlah RM150 seorang,” katanya.

Beliau terdahulu semasa ucapan turut berkata inisiatif Kerajaan Negeri ini juga telah mendapat sokongan yang padu daripada rakan swasta.

“Kita amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak swasta yang telah dan akan menyemarakkan lagi program kembali ke sekolah ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");