Panasnya Hari Ini

30 Ahli Umno Langkawi Keluar Parti Esok

GEORGE TOWN: Sekurang-kurangnya 30 ahli Umno Langkawi dijangka mengumumkan keluar parti esok kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan dalam parti Melayu itu.

FMT difahamkan 30 ahli itu akan diketuai seorang ahli kanan yang pernah berkhidmat sebagai exco Kedah.

Sumber yang maklum akan gerakan itu berkata kumpulan tersebut akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Belum dapat dipastikan sama ada kumpulan itu akan berhijrah ke PPBM atau bebas.

Sumber berkata mereka yang keluar parti itu tidak aktif berpolitik.

“Mereka bosan dengan masalah semasa yang dihadapi Umno dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti. Pada satu ketika mereka sangat setia kepada Umno,” kata sumber.

Pada pilihan raya umum lepas, semua kerusi Langkawi dibolot PPBM. Dr Mahathir menewaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Kerusi DUN Ayer Hangat dirampas calon PPBM, Juhari Bulat dari tangan calon Umno, Mohd Rawi Abd Hamid. Juhari adalah pengerusi tetap Umno Langkawi selama 15 tahun sebelum menyertai PPBM.

Kerusi DUN Kuah dimenangi calon PPBM, Mohd Firdaus Ahmad yang menewaskan calon BN, Nor Saidi Nanyan dan 2 pencabar lain.

Lebih 10 Ahli Parlimen Umno meninggalkan parti Umno selepas kekalahan dalam pilihan raya 9 Mei lepas, termasuk bekas menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali.

Kebanyakan berkata mereka keluar kerana ketiadaan hala tuju dalam parti itu.

FMT sudah menghubungi Ketua Umno Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan menunggu komennya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");