Perak Hari Ini

33 Premis, 2 Kilang Alkohol Diperiksa

IPOH:Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memeriksa sebanyak 33 premis yang menjual minuman keras dalam operasi yang bermula sejak 16 Oktober lalu dan diteruskan sepanjang musim perayaan Krimas bagi melindungi keselamatan orang ramai.

Turut diperiksa dua kilang pengeluaran arak dan sebanyak dua notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM6,000 serta 11 sampel telah diambil setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A.Sivanesan berkata pemeriksaan premis jualan alkohol merupakan rutin pihak Jabatan Kesihatan terutama pada musim perayaan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan pindaan peraturan berkaitan minuman alkohol dibawah Peraturan-Peraturan Makan 1985 pada 27 Mei 2016 Pindaan peraturan telah berkuatkuasa 16 Oktober 2018.

“Pindaan ini selaras dengan tragedi yang berlaku iaitu sebanyak 97 kes keracunan alkohol berlaku di beberapa negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak melibatkan 48 kes kematian,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau terdahulu turut serta dalam operasi pemeriksaan premis jualan alkohol di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Padang Ipoh hari ini.

Katanya 11 sampel yang diambil hari ini akan dihantar ke makmal untuk dipastikan jumlah kandungan alkohol.

“Pindaan ini selara dengan ‘Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol’ yang telah dimeterai oleh semua Menteri Kesihatan semasa “World Health Assembly” ke 63 pada tahun 2010 untuk mengurangkan kebolehdapatan minuman beralkohol di pasaran.

“Pindaan tersebut turut melibatkan pindaan 361 mengenai standard am minuman alkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL),” katanya.

Berikutan pindaan tersebut katanya adalah menjadi kesalahan bagi menjual minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini.

“Semua penjual minuman alkohol juga diwajibkan mempamerkan notis “meminum arak boleh membahayakan kesihatan” di hadapan lokasi penjualan serta minuman alkohol dipamerkan pada kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet makanan lain.

“Manakala bagi peraturan baru 386A (CHL) adalah berkaitan sebatian minuman keras seperti wiski, rum,vodka dan brandi dengan etil alkohol yang ditambah serta berasal daripada pertanian atau sulingan pertanian.

“Antaranya ia perlu mengandungi sama banyak atau lebih banyak daripada 32.5 peratus per isipadu alkohol serta hanya dibungkus dibungkus dalam botol kaca denagn isipadu minima 700 ml,” katanya.

Katanya kegagalan mematuhi Peraturan 361 dan 386A merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penajra melebihi dua tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");