Berita Hari Ini

4 Bersaudara Maut Kemalangan Di Rompin

ROMPIN: Empat bersaudara termasuk sepasang suami isteri yang baru berkahwin maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu menyebabkan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24, dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24, serta dua anak saudara mereka, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, serta adiknya, Yasmin Aliah, 12, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata bagaimanapun pemandu bas berkenaan, Mohd Salleh bin Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Mohamad Syahmi Emir dipercayai dalam perjalanan balik dari Teluk Chempedak di Kuantan untuk menghantar anak saudara mereka ke Mersing, Johor sebelum balik ke Johor Bahru.

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan berkenaan terseret sejauh 30 meter sebelum terjatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian itu, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala 30 penumpang dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Azly berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil untuk memberi maklumat lanjut lapor NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");