Berita Hari Ini

43 Terbunuh, Tsunami Melanda Indonesia

JAKARTA-  Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh, dua orang hilang dan 584 orang lagi tercedera selepas tsunami melanda beberapa pantai di sekitar kawasan Selat Sundra, termasuk Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan.

Gelombang tsunami di pulau Jawa dilaporkan bergerak sejauh 65 meter ke kawasan pedalaman, dan memasuki bangunan dan menenggelamkan kereta malah merosakkan berpuluh-puluh bangunan dan dilaporkan akibat daripada aktiviti di bawah air dari gunung berapi Krakatoa.

Terdahulu, satu fenomena mengejutkan telah berlaku yang menunjukkan satu dinding besar air melanda pantai dimana sekumpulan band sedang membuat persembahan di atas pentas.

Kumpulan tersebut adalah kumpulan Seventeen yang berada di tengah-tengah sebuah konsert apabila tsunami setinggi lima meter berlaku akibat daripada letusan gunung berapi yang meletup lewat pada malam Sabtu waktu tempatan.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, kumpulan Seventeen dilihat menari di sekitar pentas utama bersama orang ramai, sebelum ahli band tersebut serta orang ramai dihempas dengan air yang kuat memetik laporan NC4 agensi pelaporan krisis global.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");