Perak Hari Ini

7 Cedera, Kemalangan Lori Tangki Dan Bas Ekspres Dekat Terowong Menora

IPOH:Laluan sepanjang Kilometer 257.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di kedua-dua arah sesak berikutan kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki dekat Terowong Menora di sini hari ini.

Menurut sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 3.21 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Tujuh mangsa iaitu 4 elaki yang cedera melibatkan pemandu lori dan bas serta tiga mangsa wanita iaitu penumpang bas berkenaan telah dibawa pihak penyelamat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) bagi mendapatkan rawatan.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan dua buah kenderaan itu,” kata sumber.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");