Jenayah

83 Orang Ditahan Berhubung Rusuhan Kuil – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, dekat Usj 25, Subang Jaya, minggu lalu, meningkat kepada 83 orang sehingga jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu meningkat seramai 15 orang berbanding sehingga jam 8 pagi semalam iaitu 68 orang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), dekat Cheras, di sini, pagi hari ini.

“Suspek yang ditahan meningkat kepada 83. Ini sehingga jam 8 pagi tadi.

“Kalau ada kemajuan, kita akan maklum lagi selepas jam 8 pagi esok supaya tidak bercanggah,” katanya sejurus menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan Kolej UNIKOP, milik Koperasi PDRM, hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada penahanan 15 suspek yang terbaru itu adalah individu yang diminta tampil semalam, Mohamad Fuzi enggan mendedahkan perkara berkenaan.

“Semua mereka terbabit dengan insiden di kuil (Sri Maha Mariamman). Tindakan buru suspek berterusan,” katanya.

PDRM semalam mengeluarkan kenyataan sedang mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dengan memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Dalam kejadian awal pagi Selasa di hadapan kuil berkenaan, seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ke lokasi untuk memadam kebakaran kereta, parah akibat dipukul sekumpulan perusuh lapor NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");