Membawang Hari Ini

Abby Abadi Kongsi Rahsia Berbaik Dengan Norman & Memey

Dalam ramai-ramai selebriti, keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi sentiasa menjadi perhatian. Masing-masing saling menghormati dan sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia. Bukan itu saja, cara kedua keluarga ini mendidik anak-anak juga sering mendapat pujian.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen sering bertanyakan mengenai kebahagiaan kedua keluarga tersebut dan bagaimana Abby boleh menjalin hubungan baik dengan bekas suami dan Memey selepas apa yang berlaku antara mereka.

Menerusi Instagram, Abby berkongsikan rahsia bagaimana dia boleh berbaik semula dengan Norman dan Memey serta melupakan apa yang pernah terjadi. Menurut Abby, perlu berusaha untuk menjalin hubungan baik dengan bekas pasangan demi anak-anak dan paling utama jangan memburukkan pasangan baru mereka.

Dalam pada itu, Abby turut bersimpati kepada mereka yang pernah melalui fasa perceraian terutama buat isteri yang terpaksa berusaha untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak yang masih kecil.

Namun menurut Abby, dia percaya bahawa biarpun perceraian itu menyakitkan namun ia bukan perkara yang buruk kerana ia adalah salah satu ujian daripada Allah.

Abby turut memberi nasihat buat mereka yang melalui perceraian agar tidak terlalu melayan perasan serta jangan kalah dengan emosi kerana masa akan mengubati segalanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");