Membawang Hari Ini

AC Mizal Tolak ‘Reunion’ Gerak Khas

SELEPAS pelakon Abby Abadi mengesahkan kembali berlakon dalam drama kepolisan Gerak Khas 2019 (GK) peminat berharap gandingannya iaitu Datuk AC Mizal menerusi watak Inspektor Mazlan turut membuat kemunculan semula.

Bagaimanapun, penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata pelakon dan pengacara itu menolak atas komitmen kerja yang sedia ada.

“Sebelum ini lagi saya pernah beri ‘hint’ kepada AC sama ada dia ingin kembali dalam Gerak Khas. Apatah lagi tahun depan genap 20 tahun penerbitan drama ini.

“Jadi, kalau boleh saya nak pelakon asal drama ini. Namun, AC menolak secara baik. Dia kata, biarlah pembabitannya sebelum ini menjadi nostalgia.

“Katanya lagi, dia tak nak menyusahkan produksi disebabkan komitmen kerja yang sedia ada. Apa pun, saya menghormati keputusan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Yusof berkongsi pelakon Zul Ariffin yang melakonkan watak Inspektor Asyraf juga kembali dalam GK musim baru.

“Zul pernah bersama pasukan GK selama empat tahun bermula 2008. Saya kira kemunculannya juga ibarat ‘reunion’ buat keluarga GK.

“Apabila ada Abby dan Zul, bagi saya ia bukan satu masalah. Masing-masing profesional dalam kerja. Sebagai contoh, Abby dan Norman sekarang, mereka okey saja. Bagi saya, ini sesuatu yang baik,” katanya.

Yusof turut meluahkan rasa terharu apabila Abby menerima tawarannya untuk kembali berlakon di bawah produksinya.

“Saya yakin GK 2019 akan jadi lebih menarik. Selain kemunculan semula Abby dan Zul, GK turut menampilkan pelakon popular lain seperti Erra Fazira, Norman Hakim, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan ramai lagi.

“Macam Abby, saya ada minta dia kuruskan badan. Apatah lagi, dalam musim baru ini dia naik pangkat menjadi Timbalan Penguasa Polis iaitu DSP Aleza,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");