Berita Hari Ini

Ada Rancangan Guling PM – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa wujud rancangan menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, langkah itu dirancang oleh ‘puak’ yang tidak bertanggungjawab dan kecewa kerana tidak mendapat jawatan.

“Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

“Namun, puak-puak ‘tahi kucing’ ini terlalu kerdil bagi saya. Bukan niat saya untuk bersikap angkuh tetapi kalangan ini boleh dilipat-lipat masuk dalam kocek seluar saja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yang sebelum ini mengkritik Perdana Menteri seperti tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Perdana Menteri bertungkus-lumus membangunkan semula negara yang dirosakkan kerajaan kleptokrasi dan memerlukan sokongan padu daripada semua pihak.

“Ini bukan kerja Perdana Menteri seorang diri. Ia adalah tanggungjawab serta tindakan kolektif daripada semua pihak dalam PH. Jangan asyik salahkan Perdana Menteri seorang diri saja.

“Tolong jangan kurang ajar. Perdana Menteri ke luar negara bukan bercuti tetapi lawatan rasmi ke arah untuk mendapatkan keyakinan dunia luar bagi membangunkan semula negara ini,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");