Berita Hari Ini

Adib Terkorban Semasa Bertugas, Perbuatan Kumpulan Pengganas – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR : Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menuntut pihak berkuasa agar mengheret pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke muka pengadilan.

Dalam posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza menyifatkan pihak yang bersalah memukul Allahyarham Muhammad Adib dalam kejadian rusuhan di kuil pada 27 Nov lalu, merupakan kumpulan pengganas yang perlu menerima hukuman sewajarnya.

“Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan,” katanya lapor Astro Awani.

Muhammad Adib, 24 tahun, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa.

Dr Maza dalam posting tersebut turut menyatakan, demi menegakkan keadilan, kesalahan membunuh mestilah dibalas dengan hukuman bunuh kecuali dalam keadaan tertentu.

“Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini,” katanya sambil memetik ayat Al Quran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");