Perak Hari Ini

Adun Pembangkang Protes Bantah Usul

IPOH:Tatkala Sidang Dewan Undang Negeri (DUN) Perak mulai melabuhkan tirainya, suasana sekali lagi kecoh apabila kesemua adun pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes kelewatan pemberian notis usul tambahan Syiling Peruntukan Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) sebentar tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad berkata pihak pembangkang mendesak agar usul tersebut ditarik semula berikutan pihak pembangkang hanya diberikan notis berkenaan usul itu pada waktu rehat persidangan DUN dan tidak sempat meneliti dengan lebih terperinci.

“Kita berjanji menjadi pembangkang yang baik dengan mengikuti persidangan sehingga habis bagaimanapun pada pembentangan usul tambahan syiling peruntukan RMK-11, kami ada melihat agendanya tetapi tiada notis, apabila rehat lima minit usul itu diletakkan di meja kami.

“Usul tambah syiling peruntukan ini hanya dihantar pada masa kita ketika rehat lima minit hari ini dan tidak sampai bukan pada waktu sepatutnya dalam tempoh 14 hari malah ada klusa 28(3) jika pada pendapat menteri besar perlu dibahaskan untuk kepentingan orang ramai memadai dikeluarkan hanya dalam tempoh satu hari sahaja tetapi kami hanya dapat setengah jam sahaja dan perlu mempunyai pengesahan tandatangan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, cadangan peruntukan tambahan adalah sesuatu yang baik bagaimanapun usul ini melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM340 juta iaitu peruntukan agensi veterinar, jabatan pertanian dan perikanan yang telah dikurangkan.

“Jabatan perikanan dikurangkan kepada 4.3 juta, veterinar 15.1 juta manakala jabatan pertanian 10.4 juta mereka menaikkan syiling Jabatan Kerja Raja, Jabatan agama tetapi mereka boleh menurunkan puluhan juta untuk golongan marhain,” katanya.

Katanya lagi pihak pembangkang perlu meneliti usul tersebut dan tidak boleh sewenang-wenangnya memberi sokongan tanpa usul periksa.

Sementara itu Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengendalikan persidangan berkata notis tersebut telah dimaklumkan kepada semua adun pada 27 November lalu dan yang diterima hari ini adalah teks ucapan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai pembawa usul tersebut.

“Pihak pembangkang mahu mengelirukan dewan mengatakan usul ini mereka hanya diberikan notis pada hari ini adalah tidak benar kerana itu adalah teks ucapan, malah dakwaan tidak mengikut peraturan kerana tidak mempunyai tandatangan kerana ia hanya mengesahkan daripada pihak penghantar usul itu jadi saya telah mengesahkan usul itu daripada menteri besar.

“Jika usul tidak dibawa hari inisyiling peruntukan RMK-11 ini tidak diluluskan kerajaan tidak boleh menambah peruntukan untuk digunakan rakyat malah penambahan syiling itu kerana kerajaan terdahulu sudah terlebih belanja tiada baki yang mencukupi untuk pembangunan kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");