Berita Hari Ini

Ajal Penumpang Dalam Bas

PEMANDU bas ekspres tidak menyangka seorang daripada penumpang lelaki dibawanya sudah meninggal dunia lebih tiga jam di dalam kenderaan dipandu.

Mangsa seorang pelancong warga Singapura dipercayai meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan menuju ke pusat peranginan Genting Highlands bersama anak saudaranya, kelmarin.

Kejadian pada 7 pagi itu disedari anak saudara mangsa sebaik bas dinaiki tiba di hotel di Genting Highlands, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis berkata, semua penumpang di dalam bas ekspres berkenaan dikatakan sudah turun dari dalam bas dan berjalan menuju ke lobi hotel.

“Bagaimanapun mangsa berusia 50 tahun masih berada di dalam bas.

“Anak saudara mangsa kemudian naik semula ke dalam bas dan cuba mengejutkan bapa saudaranya namun mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Anak saudara mangsa kemudian meminta bantuan polis bantuan yang bertugas di lobi hotel berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusuf berkata, pasukan paramedik yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat diserang sakit jantung.

Difahamkan mangsa didapati masih hidup ketika bas berkenaan berhenti di hentian Rawat & Rehat di Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa lebih 3 jam lapor Harian Metro.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");