Sukan Hari Ini

Akhyar Sah Milik JDT

KUALA LUMPUR: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih berbalah mengenai isu perpindahan Akhyar Rashid, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mereka sudah mengikat pemain muda itu.

Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers (JST), hari ini.

Sedikit berbeza berbanding pengumuman pemain baharu skuad Harimau Selatan sebelum ini, pengumuman pemain berusia 19 tahun itu dilakukan menerusi klip video pendek berdurasi 35 saat.

Klip video bermula dengan pemain tanpa wajah yang menyarung jersi JDT membuka pintu ke bilik persalinan dan kemudiannya tertera kata aluan ‘Selamat Datang ke JDT’ disusuli dengan gambar Akhyar di penghujung klip video terbabit.

Klip video itu nyata mencuri tumpuan pelayar internet apabila meraih lebih 500 komen dan kira-kira 900 perkongsian hanya dalam tempoh sejam selepas dimuat naik ke laman itu.

Berkutan kemasukan bekas pemain Kedah itu, dia menjadi pemain tempatan pertama yang menyertai skuad itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Malah, situasi ini menyaksikan skuad bimbingan Luciano Figueroa itu kini memiliki tiga muka baharu selepas mereka mendapatkan khidmat dua pemain import iaitu bekas pertahanan Lazio, Mauricio dos Santos dan pemain tengah kelahiran Sepanyol, Aaron Niguez.

Kemasukan pemain kebangsaan itu dijangka mampu menambah sengat JDT yang akan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan memetik laporan Berita Harian.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/129893611291694/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");