Perak Hari Ini

Aziz Bari Beri Keterangan Kepada SPRM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari semalam mengesahkan telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mengenai isu fitnah menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perkara itu diberitahu oleh Pegawai Media kepada Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Shukrie Ibrahim.

Katanya, Aziz telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM Perak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro Awani semalam berkata beliau dimaklumkan SPRM Perak telah membuka kertas siasatan dan akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Kita kena dapatkan keterangan saksi-saksi,” kata Azam.

Semalam, Abdul Aziz menafikan beliau merupakan dalang untuk menjatuhkan menteri besar menerusi undi tidak percaya dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad sebagai ‘cerita kartun’.

Saarani di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 hari ini berkata beliau tidak mereka cerita, malah ada akuan sumpah daripada lima ADUN Barisan Nasional (BN) yang ditemui ADUN Tebing Tinggi itu.

— Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");