Panasnya Hari Ini

Azmin Gesa Anwar Teliti Pelantikan Jawatan Utama PKR

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menggesa presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim suapya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti tersebut.

Dalam satu kenyataan Azmin berkata, pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang amat sengit tersebut harus mengambil kira pandangan daripada akar umbi serta saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti itu.

“Saya menggesa presiden parti supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama.

“Pelantikan yang telah diumumkan itu tidak mencerminkan prinsip adil dan perwakilan terhadap aspirasi anggota serta tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.

“Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti,” katanya.

Tambahannya lagi, Jawatan Setiausaha Agung adalah jawatan penting yang harus dipikul oleh seseorang yang profesional dan wibawa dalam memahami tugas pengurusan dan pentadbiran.

“Beliau perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan.

“Begitu juga pelantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang seharusnya dibuat berdasarkan merit dan bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");