Berita Hari Ini

Bantuan Awal Persekolahan RM100 Diagihkan Pada Januari

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid tahun satu hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Bantuan Awal Persekolahan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM328 juta dan akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah-sekolah mulai Januari depan.

“Kerajaan memahami dan mengambil berat akan keperluan perbelanjaan dihadapi oleh ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan pada awal tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Katanya, kerajaan komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuklah dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");