Perak Hari Ini

Batu Kurau Kawasan Strategik Adakan Aktiviti Larian, Berbasikal – MB Perak

BATU KURAU: Kawasan Batu Kurau yang terletak di Daerah Larut Matang Selama merupakan kawasan yang strategik untuk diadakan sebarang acara berbentuk aktiviti sukan seperti berbasikan dan larian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain daripada produk-produk tempatan seperti buah durian dan keindahan sungai yang ada, Batu Kurau juga sesuai bagi penggemar sukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung.


Beliau juga mengakui daerah ini mempunyai potensi besar khususnya dalam industri eko-pelancongan seperti yang terdapat di Gopeng.

“Kawasan ini memang sesuai untuk diadakan aktiviti sedemikian kerana prasarananya sempurna dan trafik tidak begitu sibuk.


“Jika diadakan program seperti berbasikal dan larian, ianya amat sesuai kerana ia tidak terlalu menganggu aktiviti seharian penduduk setempat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada PerakToday ketika ditemui pada program Larut Mountain Bike Eco Challenge 2018 di SMK Kampung Perak, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut tentang program, Ahmad Faizal berharap program sedemikian dapat diteruskan kerana ia dilihat mampu merancakkan lagi aktiviti pelancongan setempat.

Pada program tersebut Menteri Besar turut berkesempatan menyempurnakan acara pelepasan berbasikal sekitar jam 8 pagi.


Acara berbasikal itu melibatkan 1,000 peserta dalam pelbagai kategori perlumbaan yang merentasi 15 lokasi berbeza di daerah Larut, sejauh 35km.

Usai acara perlepasan, Ahmad Faizal juga berkesempatan untuk turut berbasikal di sekitar Kampung Perak dalam hampir 1 jam.

Beliau diringi 20 orang yang turut sama-sama berbasikal juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat pada sepanjang acara Menteri Besar berbasikal berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");