Perak Hari Ini

Bawa Usahawan Perak Promosi Produk di Olimpik 2020

IPOH:Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal dijadikan sebagai papan loncatan untuk para usahawan negeri ini yang terpilih bagi menembusi segmen pasaran halal di Jepun.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata deligasi peniaga negeri ini bakal diberi peluang untuk mempromosikan produk mereka pada penganjuran temasya sukan tersebut.

“Kita tidak boleh mengharapkan para usahawan duduk setempat sahaja dan promosi barangan perlu lebih meluas jadi sempena Olimmpik Jepun kerajaan negeri akan membawa deligasi usahawan terpilih ke sana berikutan permintaan terhadap produk halal sangat tinggi,” katanya menjawab soalan lisan daripada Adun Temenggor Salbiah Mohamed mengenai promosi yang dijalankan kerajaan negeri bagi membantu usahawan di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada sesi Persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang keempat belas hari ini.

Tambahnya lagi, permintaan terhadap produk halal dijangka meningkat semasa kejohanan sukan itu kerana Jepun menjangkakan penyertaan ramai atlit dan pengunjung beragama Islam.

Mengulas lanjut kerajaan Negeri katanya telah menjalankan pelbagai usaha promosi barangan seperti festival jualan di Bulatan Meru untuk tujuan promosi produk usahawan tempatan.

“Kita mahu produk mereka dikenali melalui festival jualan dari semasa ke semasa dan bagi barangan yang berkualiti kita akan membantu membawa ke luar negeri bagi menyertai pameran antarabangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");