shadow

IPOH- Syarikat telekomunikasi milik Bumiputera iaitu Xiddig Cellular Communication Sdn Bhd (Xiddig) kini dalam proses melaksanakan projek pemasangan kabel gentian di optik bekapasiti 150 terabait yang dijangka siap pada tahun 2022.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak (PKMM), Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata masyarakat perlu berterima kasih kepada syarikat Xiddiq kerana bakal menawarkan internet terpantas dan termurah di dunia.

“Projek Gerbang Internet Antarabangsa Enchanced Malaysia (EM-IIG) merupakan projek yang melibatkan pemasangan kabel fiber optic dalam dua fasa bernilai RM650 juta yang merentasi jajaran 1050 km pada fasa pertama dan 1500 km pada fasa kedua pemasangan,”katanya dalam satu sidang media semasa sesi taklimat pendaftaran untuk projek GM-IIG di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Xiddig, Datuk Sri Abdul Rashid Abdul Rahim dan Pengarah Urusannya, Ahamd Faiz Che Yaacob.

Jamaluddin berkata, pihak Xiddiq telah menjemput PKMM sebagai rakan dalam menyelenggara serta menyempurnakan projek berkenaan yang diketuai oleh syarikat Seraya Teknologi Sdn Bhd.

“Saya percaya bahawa tiada akan ada sebarang masalah dalam pengendalian projek sivil dan pemasangan kabel ini kerana PKMM sendiri telah banyak mempersembahkan kerja yang berkualiti dan siap pada waktu yang ditetapkan.

“Melalui pengalaman pengendalian projek bersama syarikat Telekom Malaysia (TM) yang lalu, program yang akan dilkasanakan adalah lebih kurang sama tetapi kali ini di naiktaraf dengan menggunakan kabel gentian optik,”katanya.

Selain itu Jamaluddin percaya bahawa projek di bawah naungan PKMM mampu dilaksanakan dengan baik kerana projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat malah menawarkan peluang kepada usahawan bumiputera.

Menurut Pengerusi Exsekutif Xiddig, projek ini dijangka bakal dilaksanakan pada suku tahun akan datang yang melibatkan pemilihan 5,000 kontraktor seluruh Malaysia.

Komen & Pendapat