Berita Hari Ini

Belanjawan 2019 Diluluskan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 diluluskan Dewan Rakyat malam ini, selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2019 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan disokong Timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

RUU Perbekalan 2019 yang dibentangkan Guan Eng pada 2 November lalu, dibahaskan selama 15 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 12 November lalu.

Belanjawan 2019 memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dan daripada jumlah itu, RM56.7 bilion adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");