Perak Hari Ini

Belanjawan Negeri Perak 2019 Diluluskan

IPOH:Perak meluluskan Bajet Negeri 2019 selepas dibahaskan selama tiga hari bermula 27 November hingga 5 Disember bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Bajet Negeri 2018 berjumlah RM1.061 bilion dibentangkan pada 27 November lalu oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Usul tersebut diluluskan di bawah Enakmen Perbekalan 2019 telah mendapat sokongan majoriti Adun selepas undian suara dibuat.

Bertemakan ‘Bersama Memacu Harapan’ Belanjawan Perak 2019 turut memberi fokus terhadap lima perkara iaitu Mengukuhkan Ekonomi dan Kelestarian Sumber Negeri, Memacu Kesejahteraan dan Ekonomi Rakyat, Menggerakkan Revolusi 4.0, Meluaskan Jaringan Strategik Pembangunan Negeri dan Memastikan Perbelanjaan Mengikut Keperluan.

Dalam pembentangan tersebut telah memperuntukkan sebanyak RM771 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus
manakala RM400 juta pula diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");