Membawang Hari Ini

Berat Naik Mendadak Gara-gara Masakan Ibu

KUALA LUMPUR: Gara-gara masakan air tangan ibu, berat badan penyanyi Sedetik Lebih, Anuar Zain, 48, naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Anuar akui dia jarang menjamah nasi dan mampu mengamalkan diet secara konsisten demi menjaga kesihatan serta penampilan diri, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.

“Saya kini tinggal sebumbung dengan ibu. Setiap hari, ada saja masakannya yang membuka selera.

“Selalunya, saya tidak sampai hati menolak ajakan ibu untuk makan. Saya bimbang hati ibu terasa jika saya tidak mahu menjamah hidangan disediakannya.

“Daripada mahu merasainya sedikit sahaja, lama-kelamaan menjadi sepinggan,” katanya sambil ketawa.

Anuar berkata, kini dia perlu menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram.

“Saya kena lebihkan kepada penjagaan pemakanan, kurangkan karbohidrat, terutama nasi, selain mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan. Seboleh mungkin saya cuba makan secara sihat,” katanya.

Sementara itu, selain sibuk dengan undangan nyanyian, Anuar berkata, dia kini mempersiapkan diri untuk melebarkan sayap sebagai ahli perniagaan.

“Dulu, saya tiada keyakinan diri untuk berniaga. Namun, ramai kawan yang tidak putus-putus memberikan dorongan.

“Saya akan mengeluarkan produk serum penjagaan wajah dan tudung bawal. Saya mahu melakukan sesuatu yang baharu dan saya lihat, tudung bawal mempunyai banyak permintaan.

“Produk serum pula akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebagai permulaan, saya menjualnya menerusi dalam talian,” katanya yang menggunakan sendiri produk anti-penuaan terbabit selama dua bulan sebelum bersedia untuk memasarkannya.

Terbaru, Anuar memperkenalkan video muzik Belahan Hati di YouTube, yang menjadi kisah penamat kepada cerita ditampilkan menerusi klip Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");