Berita Hari Ini

‘Boleh Guling PM Tetapi Melalui Pilihan Raya’

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau tidak menerima apa-apa maklumat berhubung usaha menggulingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melibatkan pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

Namun dalam negara demokrasi, katanya lagi, ia perkara biasa jika membabitkan persaingan kuasa antara parti politik yang ada.

“Perdana menteri boleh digulingkan (tetapi) melalui pilihan raya. Ada parti pembangkang (jadi) ia perkara biasa.

“Tetapi dari dalam PH sendiri? Saya belum terima maklumat tentang perkara itu,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan mendakwa ada komplot untuk menggulingkan Mahathir oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.

“Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

“Namun, puak-puak ‘tahi kucing’ ini terlalu kerdil bagi saya…Mereka ini ‘pot tin’ kosong yang pandai bercakap tapi tak boleh bekerja,” katanya yang kini menganggotai Amanah.

Diminta mengulas tentang pemimpin PH yang saling mengkritik secara terbuka, Mohamad yang juga presiden Amanah berkata PH tiada masalah dalam berdepan kritikan.

“Kita mengamalkan politik terbuka, boleh mengkritik dan bebas untuk dikritik. Ini normal dalam demokrasi.”

Beliau juga menyifatkan kritikan yang diterima kerajaan sekarang “tidak terlalu merunsingkan” dan perkara biasa dalam pihak yang mentadbir negara.

Kritikan itu susulan pertikaman lidah antara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berhubung desakan peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa pemimpin PH menghentikan perbalahan terbuka dan kembali memberi tumpuan kepada hal berkaitan rakyat dan negara.

“Kita punyai ruang dan peluang yang sedikit sahaja untuk membuktikan PH benar-benar mampu merubah nasib rakyat dan negara,” katanya,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");