Sukan Hari Ini

Bonus RM712,566 Untuk Firmino

SELEPAS menjaringkan tiga gol ataupun hat trick dalam perlawanan menentang Arsenal pada awal pagi Ahad, Roberto Firmino dilaporkan bakal menerima bonus sebanyak £135,000 ataupun RM712,566.

Menurut Mirror UK, berdasarkan laporan pendedahan bola sepak, The Dirty Business of Football, Firmino menerima gaji pokok, £68,085 seminggu.

Firmino didakwa memperoleh £25,000 untuk setiap lima gol pada musim pertamanya, £45,000 untuk antara enam dan 10 yang dijaringkannya, £65,000 dari 11 hingga 15 gol, dan seterusnya £85,000.

Ini bermakna hat-trick pada perlawanan hari Sabtu (waktu United Kingdom) menghasilkan bonus sebanyak £135,000 di atas gaji pokoknya.

Firmino kini sudah menjaringkan tujuh gol dan empat ‘assists’ dalam 20 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan 59 gol secara keseluruhan untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Hoffenheim pada 2015/2016.

Dalam perlawanan menentang Arsenal, penyerang dari Brazil itu memanfaatkan dua kesilapan pertahanan the Gunners untuk menjaringkan dua gol pertama pasukannya, selepas ketinggalan seawal minit ke-11 hasil jaringan Ainsley Maitland-Niles.

Pada minit ke-14, Firmino menolak masuk gol penyamaan sebelum meletakkan Liverpool di depan dua minit kemudian.

Sadio Mane kemudian menjaringkan gol ketiga Liverpool hasil umpanan Mohamed Salah sebelum Salah sendiri menjaringkan gol keempat menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan babak pertama.

Liverpool mendapat satu lagi sepakan penalti dalam babak kedua selepas pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac menolak Dejan Lovren dalam kotak penalti.

Firmino melengkapkan hat-trick dengan menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-65 menerusi penalti tersebut.

Walaupun Arsenal menguasai 52% permainan dan beraksi dengan lebih baik dalam babak kedua, Liverpool berjaya bertahan dan kerap kali melancarkan serangan bahaya ke arah gawang the Gunners.

Liverpool akan bertandang ke Stadium Etihad untuk bertemu juara bertahan, Manchester City pada Jumaat, 4 Januari pukul 4 pagi waktu Malaysia memetik laporan Astro awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");