Membawang Hari Ini

BTS Sudah Jual 10 Juta Album

SEOUL: Kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS mencatat jualan album melebihi 10 juta, menurut laporan di sini.

Secara tepat, angka jualan album BTS adalah 10,023,081 sejak mula muncul di arena nyanyian pada Jun 2013, lapor Gaon Chart, pada 6 Disember lalu.

BTS mencatat rekod sebagai kumpulan pertama menjual 10 juta album dalam tempoh paling pendek dibandingkan dengan semua penyanyi Korea Selatan sejak 2000.

Mengambil kira lagu ‘single’ bertajuk ‘2 Cool 4 Kool’ hinggalah kepada album terbaru berjudul ‘Love Yourself: Answer’, BTS sudah memiliki 12 album di Korea Selatan.

‘Love Yourself: Answer’ adalah lagu ketiga dan terakhir bagi trilogi lagu ‘Love Yourself’, iaitu 2,169,519 unit album dalam tempoh mulai 24 Ogos hingga akhir November.

Ia juga adalah album paling laris kumpulan itu mengikut sejarah mereka.

Diasaskan oleh Korea Music Content Association dan ditaja oleh Kementerian Kebudayaan, Gaon Chart sama sahaja dengan carta Billboard sejak lapan tahun beroperasi.

Ia juga menganjurkan pertandingan anugerah muzik mulai tahun depan. – Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");