Jenayah

Bunuh Sebab Tidak Puas Hati Ditegur

KLANG – Polis tidak menolak motif kejadian pembunuhan seorang wanita oleh jirannya sendiri di Batu 16, Rawang dekat sini kelmarin adalah disebabkan ketidakpuasan akibat sering ditegur mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat dua atau tiga pergaduhan telah berlaku antara mangsa dan suspek sebelum ini.

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila suspek menyerbu masuk dan menikam jirannya sehingga mati.

“Ujian air kencing terhadap suspek berusia 49 tahun itu mendapati positif dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan menambah, polis telah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari.

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Yap Choon Mooi, 41, maut terkena tikaman pada bahagian dada, manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61, cedera pada perut selepas diserang jirannya sendiri menggunakan pisau. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");