Jenayah

Cebisan Paru-Paru Terkoyak Terkeluar Dari Mulut?

SAN FRANCISCO – CALIFORNIA. Seorang lelaki mengalami batuk melampau mengakibatkan cebisan paru-parunya terkoyak dan terkeluar dari mulut.

Memetik Mail Online, kes itu diterbitkan di Jurnal Perubatan New England di Pusat Perubatan Universiti California San Francisco.

Dimaklumkan, lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kegagalan jantung kronik.

Pada minggu pertama dirawat, pesakit itu sering batuk hingga mengeluarkan darah serta lendir sekali gus memberi tekanan kepada paru-parunya.

Pada masa sama doktor juga berusaha meningkat kadar oksigen pada pesakit dengan memberinya oksigen tambahan.

Bagaimanapun, pesakit itu terus batuk dengan kuat dan secara tidak sengaja satu cebisan pokok bronkial terkeluar dari mulutnya.

Pokok bronkial adalah beberapa saluran di dalam paru-paru yang menyalurkan udara ke dalam organ berkenaan.

Paru-paru manusia terlalu besar untuk masuk ke dalam saluran trakea tetapi dalam keadaan batuk yang terlalu teruk organ berkenaan boleh termasuk dalam ruangan antara tulang rusuk dan sebahagian terkeluar melalui mulut.

Doktor segera memasukkan tiub ke dalam mulut pesakit dan melakukan bronkoskopi untuk melihat keadaan paru-parunya.

Namun, doktor mendapati paru-paru lelaki itu mempunyai sedikit pendarahan di pokok basilar, yang menyalurkan darah yang kaya dengan oksigen.

Dua hari kemudian, tiub dalam mulut pesakit itu dikeluarkan dan dia tidak lagi mengalami batuk berdarah atau kahak.

Bagaimanapun, pesakit itu meninggal dunia seminggu kemudian akibat kegagalan jantung lapor Mail Online/Sinar harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");