Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Chong Wei ada berjumpa jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan semalam dan mengakui sudah bersedia untuk melakukan latihan di gelanggang.

“Buat masa sekarang dia masih belum bersedia, mungkin dalam tempoh dua minggu lagi dia akan menjalani latihan di gelanggang,” katanya selepas Majlis Penyerahan Tajaan Bas Tajaan Bank Rakyat kepada BAM, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, BAM menerima bas dengan kapasiti 40 penumpang untuk kegunaan harian mereka termasuk membawa pemain-pemain remaja dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ke Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, di sini.

Selain itu bas itu juga akan digunakan bagi membawa pemain menyertai kejohanan tempatan selain menghantar mereka ke lapangan terbang untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.-UTUSAN ONLINE