Membawang Hari Ini

‘Di Mata Saya Nampak Diri Dan Anak-anak’

BIARPUN sudah kembali sendiri, penyanyi terkenal, Ziana Zian tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau pasangan hidup buat masa ini.

Ujar wanita berusia 50 tahun ini, dia selesa dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang dan tidak terfikir pun tentang pengganti.

“Di benak dan mata saya hanya nampak diri saya dan anak-anak sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Ziana bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 12 Julai lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Mereka yang bernikah pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Dalam pada itu, Ziana bersyukur apabila dikeliling keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

“Kehidupan perlu diteruskan, kita sentiasa mengadu pada yang Maha Esa dan sentiasa berfikiran positif serta dikelilingi orang yang baik-baik, perjalanan kita akan dipermudahkan,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");