Berita Hari Ini

Empat Individu Direman Bantu Siasatan Kes Serang Muhammad Adib

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang pada awal pagi Selasa minggu lalu di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini.

Perintah tahanan reman kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian awal pagi Selasa minggu lalu, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.

Beliau kini dilaporkan menunjukkan perkembangan positif dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selain tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Pada 29 Nov lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Fuzi Harun menangkis dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan itu adalah tidak benar lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");