Perak Hari Ini

Enam Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai

IPOH: : Enam maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, di sini, hari ini.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 1.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Terdapat enam orang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Difahamkan kebakaran hampir 75 peratus serta berlaku letupan pada tingkat atas yang mana menurut maklumat orang ramai terdapat simpanan mercun di tingkat atas bangunan tersebut.

Identiti kesemua mangsa masih dalam siasatan pihak Polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");