Berita Hari Ini

Gubal Undang-Undang Untuk Semua Wakil Rakyat Isytihar Harta

KUALA LUMPUR: Presiden Transperancy International Malaysia (TIM), Datuk Seri Akhbar Satar berpendapat, negara memerlukan undang-undang yang harus terpakai untuk semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang mengisytiharkan harta mereka.

Menurut Akhbar, selain wakil rakyat, exco-exco kerajaan negeri juga perlu mengisytiharkan harta masing-masing supaya mereka dilihat bersih.

“Pengisytiharan harta ini bukan hanya perlu dilakukan oleh ahli-ahli politik Pakatan Harapan semata-mata tetapi semua wakil rakyat dan exco kerajaan negeri.

“Pengisytiharan harta ini menunjukkan tahap rasuah rendah dan membuktikan wakil rakyat atau exco bekerja bukan untuk diri sendiri,” katanya kepada Astro AWANI.

Akhbar turut mencadangkan Malaysia agar mencontohi beberapa negara lain seperti Indonesia yang lebih awal mewajibkan ahli politik mengisytiharkan harta dan mempunyai akta berkaitan hal ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");