Perak Hari Ini

Hafiz Dikebumi Sebelum Zohor

IPOH- Jenazah pelumba Cub Prix, Md Hafiz Nor Azman akan dikebumikan sebelum zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai di sini hari ini.

Dunia permotoran negara telah dikejutkan dengan insiden kemalangan yang meragut nyawa pelumba CP150, Md Hafiz Nor Azman semasa perlumba pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor semalam.

Exco Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How serta orang ramai hadir menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya yang terletak di Kampung Kepayang Simpang Pulai Perak.

Difahamkan, Md Hafiz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam.

Berdasarkan rakaman, kemalangan tersebut berlaku ketika pelumba sedang laju dan perlumbaan juga sudah hampir selesai.

Hafiz merupakan anak kelahiran Kinta itu difahamkan tidak sempat mengelak dan menyebabkan beliau melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh.

Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 11 pagi di Majlis Saidini Umar Al-Khatab, Serdang Permai di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");