Perak Hari Ini

Harap Kajian Menyeluruh Dapat Dilakukan

IPOH- Satu kajian menyeluruh diharap dapat dilakukan kepada semua pihak bukan sahaja keatas penganjur tetapi semua pelumba supaya kemalangan sebegini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Terdahulu, dunia permotoran telah dikejutkan dengan insiden kemalangan yang meragut nyawa pelumba CP150, Md Hafiz Nor Azman semasa perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor semalam.

Lagenda motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata terdapat beberapa kemungkinan yang boleh diperhalusi dalam ini hal ini.

“Diharapkan pihak yang berwajib dapat melibatkan diri dengan apa yang berlaku terutamanya mereka yang pakar dalam isu kemalangan,” katanya.

Beliau yang ditemubual sebentar tadi di kediaman Allahyarham Md Hafiz Nor Azman meluahkan rasa sedih diatas kehilangan bakat besar negara yang tidak ternilai yang mampu dijadikan ikon kepada anak muda di sini hari ini.

“Saya harap kejadian ini tidak lagi berlaku malah akan ada usaha daripada pihak tertentu untuk mengelakkan kejadian ini berlaku pada masa akan datang.

“Saya mengenalinya sejak kecik dan boleh saya katakan kita kehilangan seorang juara,”katanya.

Wazi turut meluahkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku kerana tidak tahu sampai bila kejadian ini akan terus berlaku keatas para pelumba ekoran sudah 2 tahun berturut turut insiden sebegini berlaku yang melibatkan kematian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");