Perak Hari Ini

Harus Utamakan Kepentingan Rakyat – Saarani

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berharap walau apa juga perkara yang dibincangkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, dalam satu pertemuan di Ibu Negara semalam, mereka seharusnya mengutamakan soal rakyat.

Katanya, sebagai ahli politik, sebarang keputusan yang hendak dibuat juga hendaklah mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia.

“Kita tidak tahu apa yang dibincangkan. Mungkin ada perbincangan dalam kapasiti parti yang diwakili masing-masing atau mungkin ada perbincangan menarik yang lain.

“Walau apa pun, sebagai orang lama dalam politik, apa juga tindakan kita, kita hendaklah meletakkan kepentingan rakyat Malaysia, mengatasi segala-galanya.

“Mereka boleh berbincang bertiga atau berlima namun, sekali lagi saya tekankan bahawa harus meletakkan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan terdapat desas desus yang menyebut ketiga-tiga tokoh politik belia itu sedang merancang untuk menggerakkan satu wadah politik baharu yang berteraskan orang muda.

Ia ekoran tersebar gambar Khairy, Nurul Izzah, Rafizi yang mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Walau bagaimanapun, ia disangkal Rafizi apabila beliau mengatakan pertemuan tersebut tidak menyentuh sebarang isu politik.

Sebaliknya, kata beliau, ia hanya pertemuan makan tengah hari sambil berkongsi beberapa tips.

“Langsung tak bincang lompat, atau buat parti. Khairy ajar saya mcm mana nak pakai filter Instagram. Izzah bagi tip sekolah anak. Saya bagi tip macam mana nak gemuk,” katanya di Twitter hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");