Perak Hari Ini

Hospital Dan Pusat Rehabilitasi Bakal Dibina Di Simpang Pulai

IPOH- Lokasi Hospital Dan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bakal dibina telah dikenalpasti iaitu di kawasan Simpang Pulai Batu Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri, A. Sivanesan berkata, lokasi yang telah dipilih ini akan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari tol Simpang Pulai.

“Mereka menginginkan kawasan yang berada berdekatan dengan lebuh raya kerana dapat memudahkan para pencarum yang tinggal di Perlis sehingga Selangor bagi mendapatkan rawatan.

“Kawasan ini juga merupakan lokasi yang sesuai bagi pembinaan pusat rehabilitasi kerana tiada projek besar sekitarnya,” katanya dalam satu sidang media semasa menghadiri majlis Life Renew Health Fund and Media Appreciation High Tea, di Hotel River Front di sini hari ini.

Terdahulu, Sivanesan berkata, inisiatif tersebut dilihat mampu menyelesaikan masalah kesesakan disamping mengurangkan bebanan hutang di hospital-hospital kerajaan di negeri ini.

Selain itu katanya, pihak kerajaan negeri telah membuat perbincangan dan secara dasarnya exco telah bersetuju untuk meneruskan projek ini dibawah perkhidmatan PERKESO.

“Hospital dan pusat rehabilitasi ini dijangka akan memberikan khidmatnya kepada lebih 6.4 juta pencarum PERKESO dan sekaligus menjadikan ianya sebagai salah satu hab pelancongan kesihatan.

“Pelaksanaan ini akan dijalankan secepat mungkin memandangkan semua perkhidmatan ini disediakan oleh kementerian sumber manusia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");