Berita Hari Ini

Ibu Pengsan Lihat Mayat Tiga Anak

DUNGUN: Suasana pilu menyelubungi Bilik Forensik, Hospital Dungun di sini, selepas kesemua mayat tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah, semalam, ditemui pagi tadi.

Ahli keluarga, termasuk ibu bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42, dan Nur Syahida Abdullah, 36, yang hadir menunggu proses bedah siasat selesai, kelihatan cukup hiba dengan tragedi berkenaan.

Malah, Nur Syahida pengsan beberapa kali sebaik melihat mayat ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.

Mayat Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.48 pagi tadi dalam jarak lima kilometer (km) dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mayat Nurain Salsabila Zawawi, 6, pula ditemui kira-kira jam 9.40 pagi kira-kira 1km dari darat.

Beliau berkata, mayat kakak mangsa, Nurain Fatma, 10, pula ditemui penduduk Kampung dalam jarak 5km dari lokasi kejadian pada jam 11.03 pagi.

“Semua mayat tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Dungun, untuk siasatan lanjut.

“Sebaik selesai proses bedah siasat, semua jenazah berkenaan akan dibawa pulang ke Kampung nenek mangsa di Rantau Panjang, Kelantan, untuk dikebumikan,” katanya.

Katanya, operasi SAR yang disambung pada jam 7.30 pagi tadi membabitkan seramai 73 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia serta penduduk Kampung.

“Dengan penemuan kesemua mayat mangsa, kita menutup Bilik Gerakan Operasi,” katanya.

Sementara itu, Zawawi berkata, biarpun sedih, beliau bersyukur semua mayat anaknya sudah dijumpai memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");