Berita Hari Ini

ICERD Terbukti Gagal Di Palestin, China

ALOR SETAR – Penyusunan dan resipi kerukunan antara kaum yang diamalkan di Malaysia telah sempurna dan tidak memerlukan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau campur tangan luar.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ICERD terbukti gagal memberi kemakmuran dan keharmonian kepada umat Islam di Palestin, etnik Uighur di China dan beberapa negara lain.

Menurutnya yang juga Timbalan YDP Pas Kawasan Sik, parti itu berpengalaman dalam isu antarabangsa Asia Tengah dan tidak mahu Malaysia menjadi ‘menang sorak kampung tergadai’ seperti beberapa negara Asia Barat pasca Arab Spring.

“Kami akan terus membantah kerana tiada kenyataan sepadu dan tuntas daripada kerajaan untuk menolak ICERD dan beberapa ratifikasi liberal antarabangsa yang bakal menggugat keharmonian hidup majmuk di Malaysia sekian lama.

“Kami pro perlembagaan dan kami mahu ia kekal sebegini dan ia juga seharusnya sejajar dengan janji PH untuk mengekalkan perlembagaan serta menjaga hak peribumi, Islam dan raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");