Perak Hari Ini

Impak Positif Disebalik Himpunan ICERD

IPOH:Perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara,semalam menjadi perbualan hangat hingga ke hari ini.

Pelbagai pandangan dan pentafsiran dilontarkan apabila melihat ratusan ribu orang berdasarkan kepadatan peserta dalam satu masa serentak, 2 petang semalam di sekitar Jalan Raja sehingga ke Bangunan Dayabumi; Jalan Tun Perak sehingga ke Jalan Lebuh Ampang; Jalan Raja Laut sehingga ke Sogo; kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Melihat daripada video dan gambar yang tular sejak petang semlam, ia seolah satu perhimpunan bersejarah yang mana menyaksikan lebih 300,000 orang Melayu sebulat suara menolak sebarang usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Antara pandangan yang menarik tumpuan iaitu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mana menyifatkan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Himpunan ICERD sebagai ucapan yang baik.

“Saya mendengar ucapan Presiden Pas di perhimpunan aman mengenai ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) tadi. Ia satu ucapan yang baik dan jelas.

“Tahniah. Semoga Allah memelihara keamanan dan jati diri negara ini,” katanya dalam perkongsiannya di Facebook hari ini.

Abdul Hadi dalam ucapannya memberi amaran kepada Kerajaan PH supaya tidak membawa ICERD ke Parlimen untuk diluluskan.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena pelancaran Karnival Pendidikan Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera (PUTRA) 2018 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam semalam berkata, kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kerana tidak diberikan hak membezakan layanan di antara kaum, walaupun taraf mereka tidak sama.

Bagi orang awam sendiri, perhimpunan ini juga memberi satu pengajaran apabila aspek kebersihan dititik beratkan peserta perhimpunan.

Tular gambar selepas perhimpunan yang mana sampah sarap tidak berselerak, sebaliknya dibuang dalam beg plastik yang dikumpulkan di sebuah tempat.

Orang ramai diruangan media sosial seperti Facebook menyifatkan perhimpunan semalam sebagai satu penyatuan umat Islam mempertahankan Agama Islam serta perlembagaan negara.

Pendakwah terkenal,Ebit Lew menerusi laman sosial mengakui berasa sebak melihat perhimpunan sejuta orang itu yang dipenuhi dengan kasih sayang, solat berjemaah dan menyampaikan kebenaran.

“Allah yang Maha Baik dan Maha Kaya. Semoga kita orang Islam akan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan iman dan kasih sayang..bergerak dengan zikir bawa akhlak Islam ialah syiar Islam.

“Saya syukur dapat menikmati Islam ini asbab doa tuanpuan semua. Kini dah tiba masanya kita semua pakat-pakat berganding bahu dan sentiasa menyampaikan dakwah ini,” tulisnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");