Membawang Hari Ini

Ippo Hafiz Kahwin Senyap-Senyap?

KUALA LUMPUR: Status penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, menjadi tanda tanya apabila gambar memaparkan dirinya segak menggayakan tuksedo di sisi seorang wanita yang mengenakan gaun labuh putih tersebar.

Foto romantis berkenaan seolah-olah menunjukkan Ippo, 29, yang mendapat jolokan Raja Runut Bunyi dan wanita terbabit diraikan dalam majlis perkahwinan.

Justeru, timbul persoalan apakah Ippo yang popular dengan lagu Kekal Bahagia itu dalam diam-diam sudah pun melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya? Apakah dia juga cuba merahsiakan majlis bersejarah dirinya daripada pengetahuan peminat?

Memetik laporan Berita harian ketika dihubungi BH Online, Ippo atau atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz bagaimanapun tenang menjawab panggilan.

“Mana ada saya kahwin senyap-senyap? Kalau saya ditakdirkan berkahwin, pasti perkara baik seperti itu akan dikongsi bersama semua pihak. Tak pernah terlintas di hati saya untuk merahsiakan perkara elok. Kita semua tahu, mendirikan masjid adalah sesuatu yang harus dihebahkan.

“Gambar itu sebenarnya dirakam ketika saya menjayakan sebahagian daripada babak dalam video muzik single terbaru berjudul Saat Bahagia. Ia karya ciptaan saya sendiri, manakala lirik pula hasil kerjasama dengan Fedtri Yahya.

“Insya-Allah, lagu dan video muzik lagu itu akan dilancarkan pada awal 2019. Jadi, kalau nak tengok saya ‘berkahwin’, kenalah tunggu detik pelancarannya nanti. Siapa tahu, selepas ini ada lagu kahwin betul-betul pula untuk saya abadikan?” katanya.

Menurut Ippo, lagu berkenaan juga buat julung kali menyaksikan dirinya menampilkan penyanyi lain bersamanya.

“Selama ini, saya tidak pernah mengundang penyanyi lain dalam lagu dendangan saya. Namun, bagi projek ini, iaitu hasil kerjasama saya dengan Warner Music dan MVM Music, saya menampilkan bakat baharu, Sheryl Shazwanie.

“Lagu ini berkisar pada seorang lelaki yang melamar wanita idamannya untuk menjadi suri hati. Ia banyak mengingatkan saya pada Penghujung Cintaku nyanyian Pasha Ungu dan isterinya, Adelia,” katanya.

Sejak 2014, Ippo pernah merakamkan 14 lagu yang dijadikan runut bunyi drama mahupun filem.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");