Perak Hari Ini

Isu jatuhkan MB, Saya Tak Berbohong, Ada Bukti- Saarani

IPOH:Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa Exco kerajaan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari merupakan individu yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya penafian Adun Tebing Tinggi semalam berhubung dakwaan itu disifatkan beliau seorang yang sangat pelik dan hiprokrit.

“Saya rasa dia orang yang sangat pelik, saya adalah seroang Islam jadi tidak boleh menipu, berbohong serta bersifat munafik, hiprokrit malah apa lagi bagi seorang pemimpin dan pakar undang-undang.

“Tiada sebab untuk saya menimbulkan isu ini bukan mahu jadi popular tetapi saya terpanggil membuat pendedahan kerana rasa bertanggungjawab terhadap suasana politik yang sepatutnya harmoni,” katanya dalam satu sidang media bagi memberi respon terhadap kenyataan Aziz Bari semalam.

Jelasnya lagi, adalah menjadi kebiasan bagi perbezaan pendapat dan pendirian dalam parti politik namun perbalahan itu tidak sepatutnya memporak-perandakan kerajaan negeri.

“Tindakannya boleh menjadikan negeri ini kucar-kacir, dia berjumpa adun UMNO berbeza tarikh, masa, tempat bagaimanapun intipati perjumpaan adalah sama iaitu mengutuk, merendahkan menteri besar dan tidak mendapat sokongan,” katanya.

Malah tegasnya kesemua kenyataannya mengenai isu tersebut adalah berserta dengan bukti akuan bersumpah daripada kesemua lima adun pembangkang yang ditemui Adun Tebing Tinggi.

“Saya ada lima akuan bersumpah dibuat oleh lima adun yang telah ditemui dan ia satu bukti yang kukuh,” katanya.

Saarani turut menegaskan tindakan bagi menjatuhkan menteri besar tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan usul undi tidak percaya perlu dikemukakan di persidangan Dewan Negeri (DUN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");