Panasnya Hari Ini

Isu Kontrak Boleh Gugat Maruah Parti, Kata Syed Saddiq

PUTRAJAYA: Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diingatkan supaya tidak membincangkan isu pemberian kontrak secara umum yang dilihat boleh menggugat maruah parti.

Memetik laporan BH Online, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau kecewa apabila soal integriti itu terpaksa menjadi antara topik ucapan penangguhannya.

Menurutnya, beliau berasa tidak selesa apabila beberapa perwakilan kerap membangkitkan isu kontrak sehingga ia menjadi fokus utama.

“Saya nak tegur sikit perwakilan Wilayah tadi sampai berani nak namakan menteri yang menjanjikan (kontrak). Tak masuk akal.

“Bayangkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mana boleh kata ini janji dan kontrak, pergi jumpa menteri. Mana boleh.

“Kalau layak guna saluran yang betul. Cuba dengar pergi ke DAP, PKR, AMANAH, tengok UMNO dulu pun tak berani bincangkan isu ini di khalayak umum. Mana maruah kita?,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Syed Saddiq turut mengajak perwakilan di dalam dewan untuk mengimbas kembali fokus parti ketika awal penubuhannya yang ketika itu tiada jawatan, harta dan kontrak kerajaan.

“Yang ada semua dilucutkan dan disekat, bukan sahaja itu, apabila kita nak guna pakai dewan tak boleh, nak masuk universiti, tak boleh, rakan-rakan di sekeliling diambil tindakan atau mereka lupakan kita.

“Begitu susah sekali walaupun UMNO ada semua jentera kerajaan, mereka kawal semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan)

“Mereka ada semua itu tetapi UMNO tetap kecundang di tangan rakyat, di tangan BERSATU kerana perjuangan yang kita bawa adalah perjuangan yang ikhlas dan pimpinan yang layak memang akan dibantu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");