Berita Hari Ini

Isytihar Aset: Saya Ada Masa Tiga Bulan – Anwar Ibrahim

SERDANG: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau diberi masa tiga bulan untuk mengisytiharkan harta.

Sehubungan itu, beliau meminta agar orang ramai agar bersabar dan memaklumkan yang beliau akan mengisytiharkan hartanya dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sabarlah, ada masa lagi, saya baru masuk bulan lepas, dan masih mempunyai masa,” jawabnya ringkas kepada Astro AWANI selepas sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dewan Besar UPM pada Isnin lapor Astro Awani.

Anwar memenangi kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 13 Oktober lalu.

Terdahulu, beliau dilaporkan antara 13 ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta, sehingga pukul 5 petang Ahad, ahli Parlimen itu belum mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.

Terdahulu, ketika sesi dialog bersama mahasiswa di UPM, Anwar menjawab beberapa persoalan yang diutarakan termasuk dalam isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa kerajaan.

Beliau menyeru kepada mahasiswa supaya tekad dalam menuntut ilmu dan melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");