Berita Hari Ini

Jambatan Sementara Sungai Nenggiri Tidak Boleh Dilalui

GUA MUSANG: Jambatan sementara Sungai Nenggiri yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli di Kampung Pulau Setelu di sini, tidak boleh dilalui selepas tenggelam berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Mohd Yusalmi Mohd Yusoff, berkata berikutan itu, ia terpaksa ditutup kepada semua kenderaan sehingga paras sungai kembali normal.

“Kita menempatkan dua anggota APM di lokasi berkenaan bagi mengawasi keadaan selain memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan tersebut.

“Kita akan mengadakan gotong-royong dengan penduduk kampung untuk membersihkan jambatan tersebut daripada sampah sarap dan sisa kayu-kayan yang hanyut selepas keadaan kembali pulih,” katanya ketika dihubungi.

Seorang pengguna jalan raya, Sulaiman Kadir, 51, berkata beliau menyedari kejadian itu sebaik tiba di jambatan berkenaan pagi ini untuk perjalanan dari Gua Musang ke Jeli.

Katanya berikutan itu, beliau terpaksa menggunakan jalan Gua Musang-Kuala Krai untuk ke Jeli.

“Sudah beberapa kali saya berdepan dengan perkara itu dan terpaksa berpatah balik melalui jalan lain kerana tidak sanggup menunggu air surut,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");