Membawang Hari Ini

Kaka, Adam Bertunang?

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraff, 29, dikatakan sudah bertunang dengan kekasihnya, Adam Azriff, di kediamannya, baru-baru ini.

Menerusi lnstagram Story lelaki terbabit, dia memuat naik video menunjukkan seorang wanita yang dipercayai ibu Adam menyarungkan cincin ke jari artis itu.

Adam turut berkongsi gambar mereka berdua yang antara lain disertakan keterangan seakan-akan memberi gambaran mereka bakal mendirikan rumah tangga, tidak lama lagi.

“Ucapkan hello kepada bakal bekas kekasih saya @kakaazraff,” katanya.

Video dan foto berkenaan disimpan dalam album ‘Best days’ di ruangan tumpuan Instagram lelaki terbabit.

Berdasarkan masa pada Instagram Story berkenaan, jejaka kacak itu berkongsi ‘berita gembira’ terbabit seminggu yang lalu.

Dalam pada itu, ibu saudara Kaka yang juga penyanyi rock terkenal, Ella Aminuddin, turut hadir dan memuat naik foto menampakkan anak saudaranya dalam persalinan sama.

Bagaimanapun, usaha BH Online untuk menghubungi Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff bagi mendapatkan pengesahan mengenai berita berkenaan belum membuahkan hasil.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");