Perak Hari Ini

Kakitangan Harap Pembatalan 2 Anak Syarikat Tidak Jejas AIM

TAIPING – Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berharap agar langkah kerajaan dalam menyediakan prosedur pembatalan kepada dua anak syarikat badan tersebut tidak akan memberi kesan kepada organisasi induk mereka.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menerusi satu laporan menyebut bahawa penubuhan anak-anak syarikat oleh AIM adalah melanggar Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 .

Presiden KEPAIM tengah, Ismail Yahya

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja AIM Semenanjung (KEPAIM), Ismail Yahya juga berharap agar tindakan tersebut tidak akan menjejaskan kakitangan mereka yang berjumlah 3,100 di seluruh negara.

Jelasnya, ia meliputi lebih daripada 400 cawangan di Malaysia dan 12 daripadanya berada di Perak.

“Kebanyakan mereka adalah kakitangan tetap dan masih baharu yang akan bekerja dan belum pun berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun.

“Namun begitu, bilangan kakitangan AIM yang sedia ada juga tidak termasuk dengan kakitangan anak syarikat,” katanya dalam satu sidang media di pejabat AIM Cawangan Taiping di sini hari ini.

Jelasnya anak syarikat AIM yang dimaksudkan ialah AIM Solution dan AIM Sdn Bhd.

Selain itu ujar Ismail, dua anak syarikat tersebut tidak ada kena menjalankan urusan penyediaan pinjaman sebaliknya menjalankan urusan perniagaan.

“Jika penubuhan anak-anak syarikat itu terbukti menyalahi prosedur mengikut suratcara yang ditetapkan, maka tindakan wajar boleh diambil dan ianya terpulang kepada pihak kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, sehingga kini, beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang notis berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ismail berkata, sehingga kini, AIM telah meluluskan pinjaman kepada lebih kurang 300,000 peminjam di seluruh negara dan di Perak ia melibatkan peruntukan sebanyak RM149 juta, dalam tempoh masa yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");