Jenayah

Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun Dirogol Bapa Kandung

KUALA LUMPUR- Polis menahan seorang lelaki dipercayai merogol anak kandungnya berusia 10 tahun sejak tahun lalu dalam kejadian di Taman Changkat Permata, Ampang dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada Selasa lalu di sekitar Ampang selepas pihaknya menerima laporan dari nenek mangsa yang mendakwa kanak-kanak itu dicabul bapa kandungnya.

Menurutnya, hasil siasatan menadapati mangsa sejak kecil dijaga neneknya sebelum diserahkan kepada bapanya pada tahun 2017.

“Sepanjang dijaga lelaki berkenaan, mangsa sering dirogol pada waktu malam sehingga awal Disember lalu.

“Difahamkan, lelaki berkenaan sudah bercerai dengan ibu mangsa dan mangsa juga mempunyai seorang adik berusia tujuh tahun yang tinggal bersama ibunya di Rawang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, suspek kini direman tujuh hari bermula 25 Disember lalu hingga 31 Disember depan bagi disiasat mengikut Seksyen  376B Kanun Keseksaan kerana merogol lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");