Membawang Hari Ini

Kelakuan Farid Kamil Seperti Tidak Masuk Akal

PETALING JAYA : Seorang saksi mengakui keadaan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, seperti hilang akal dalam insiden dirinya ditampar di pipi dan ditendang dua kali termasuk di kemaluan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, di sini, 11 Januari lalu.

Ashraf Ahmad, 35, yang juga saksi itu berkata demikian dalam sesi pemeriksaan balas peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid mengenai perbuatan anak guamnya yang didakwa menyerangnya seorang anggota balai polis trafik di situ.

Dalam keterangan Ashraf di mahkamah sebelum ini, beliau memaklumkan membawa Farid, 37, ke Balai Polis Trafik Kota Damansara selepas pelakon J Revolusi itu meminta bantuan untuk menghantarnya ke sana kerana mendakwa dirinya kemalangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika hujan renyai itu, Ashraf yang sedang memandu kereta Perodua Myvi di Jalan Tropicana di sini terlihat pelakon itu berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan dilihat seperti memerlukan pertolongan.

Malah, dalam prosiding itu, Ashraf turut bersetuju dengan cadangan Megat bahawa keadaan Farid sepanjang kejadian itu seolah-olah tertuduh tidak dapat membezakan keadaan mengenai apa yang berlaku.

“Saya juga bersetuju keadaan Farid seperti orang mabuk,” kata bekas eksekutif akaun syarikat swasta dalam kes bicara Farid yang masuk hari kedua, di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan Farid yang secara tiba-tiba menunjukkan artikel ‘300 artis hutang Ah Long’ di dalam telefon bimbitnya kepada anggota trafik, Ashraf bersetuju perbuatan tertuduh itu tidak masuk akal.

“Ya. Farid tidak berupaya untuk berfikir dengan rasional ketika itu dan berkomunikasi dengan polis,” katanya.

Menurut Ashraf, ketika dalam perjalanan ke balai polis trafik yang mengambil masa 30 minit itu, Farid tidak ada melempang atau menendangnya.

“Sepanjang perjalanan, Farid ada menarik stereng kereta beberapa kali dan ia memang bahaya, namun saya tidak memberhentikan kereta.

“Ketika itu, dia (Farid) tidak melempang atau menendang saya dan hanya mengamuk selepas sampai ke balai polis trafik,” katanya.

Bagaimanapun, Ashraf tidak dapat memastikan sama ada Farid berniat untuk melempang dan menendangnya sebelum sampai ke balai polis trafik itu.

Selain itu, ketika menjawab soalan Megat mengenai peliknya bagaimana gambar Farid dalam keadaan bergari di balai polis itu viral di media sosial, Ashraf berkata, ‘ya, pelik’.

Sementara itu, dalam sesi pemeriksaan semula, Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran, Ashraf berkata perbuatan yang dilakukan Farid pada hari kejadian adalah tidak rasional dan tidak akan dilakukan oleh orang biasa.

Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");