Perak Hari Ini

Kembara Seribu Selekoh Tawan Thailand

IPOH- Mohd Yusnizal Mohd Yussof atau lebih dikenali dengan panggilan Sony bakal memulakan kembara solo bagi menawan laluan 1,000 selekoh yang terletak di Mae Hong Son, Thailand selama 14 hari.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A Sivanesan berkata, Sony adalah insan istimewa yang wajar dijadikan ikon dalam mengejar impian.

“Sikap Sony wajar dijadikan contoh yang perlu diikuti oleh anak-anak muda kerana beliau tidak mudah berputus asa malah mampu mengubah hidupnya kini.

“Beliau juga hari ini telah menolak satu konvoi yang ditaja oleh beberapa syarikat swasta,” katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Pelepasan Program Mencipta Rekod Malaysia “The Fastest Single Handed-Rider To Complete Thailand 1000 Corner Route” di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu, Sivanesan juga berharap agar Sony dapat menyelesaikan ekspedisi tersebut dengan selamat walaupun dalam keadaan kurang upaya.

Menurut beliau lagi, usaha bersama kerajaan negeri itu mampu menaikkan nama Perak serta sektor pelancongan negeri ini.

Terdahulu, Sony turut berkongsi kisah hidup beliau dimana beliau telah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri di Kuala Lumpur sehingga tangan kirinya terputus dari paras siku dan sendi yang lainnya terkeluar dari soket.

Fizikal Sony juga kini cacat seumur hidup tetapi yang lebih sedih beliau sudah patah semangat, sehingga mengalami kemurungan dan hampir gila selepas kejadian hitam tersebut berlaku keatasnya.

Sony yang kini berusia 43 tahun turut mengulas bahawa tindakannya itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada penunggang motosikal istimewa yang lain dalam menawan laluan 1,000 selekoh tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");